Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,
Pencapaian Kendiri bermaksud suatu tahap yang dicapai hasil daripada tindakan sendiri. Kita harus mengenal pasti kebolehan dan kelemahan diri sendiri sebelum memilih kerjaya. Sekiranya kita tidak berminat dengan sesuatu perkarra yang kita lakukan, maka kita akan mendapat kerugiannya. Jadi kita harus bijak dalam memilih sesuatu.
Tokoh- tokoh yang berikut merupakan orang telah berjaya dalam kerjaya mereka.
Datuk Nicol Ann David
- pemain skuasy wanita Malaysia pertama yang mendapat ranking pertama di dunia.
- telah memenangi Kejohanan Terbuka Dunia di Hong Kong, Kejohanan Terbuka Britain, Kejohanan Terbuka Malaysia, Kejohanan Terbuka Kuala Lumpur, Kejohanan Terbuka Belanda, Kejohanan Terbuka Belanda, Kejohanan Terbuka New York, dan banyak lagi.
- kemenangan yang diperoleh telah mendorong beliau untuk diiktiraf sebagai pemain nombor satu dunia
- hasil kerja keras beliau telah menempatkan beliau sebagai pemain skuasy terbaik dunia.
Segulung Tahniah dan Syabas Diucapkan kepada beliau.
Tony Fernandes
- orang yang telah memperkenal penerbangan tambang murah (AIR ASIA)
- beliau dengan berani dan yakin untuk membeli syarikat Air Asia yang pada ketika itu hampir muflis akibat hutang yang banyak.
- setelah setahun (bermula 11 September 2001) beliau berusaha untuk melangsaikan hutang syarikat penerbangan tersebut, akhirnya beliau telah berjaya memulihkan syarikat tersebut sebagai syarikatt penerbangan antarabangsa.
- beliau telah menerima banyak anugerah, hasil daripada kerja keras beliau.
''NOW EVERYONE CAN FLY''
Zaman kegemilangan Tingkatan 4 merupakan zaman penentu masa depan kita. Bagaimana?? Setiap pelajar diberi pilihan untuk memilih jurusan yang diminati. Sekiranya kita salah memilih jurusan, maka kita yang akan mendapat ruginya.
^MARI BERMAIN!!!! :D^
Mempunyai masalah untuk mengenal potensi dan perwatakan diri.??
Cubalah ujian ini!! -->
http://www.oprah.com/spirit/Who-Are-You-Meant-to-Be-Self-Assessment-Quiz
@MEMILIH JURUSAN@
Apabila tamat menduduki Penilaian Tingkatan 3 (PT3), seseorang murid harus memikirkan jurusan yang akan dipilih apabila memasuki tingkatan empat nanti. Terdapat pelbagai jurusan yang boleh dipilih oleh murid yang seperti berikut:
Jurusan Sains
--> Enam mata pelajaran teras berserta lima mata pelajaran lain, iaitu Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan dan
English for Science and Technology (EST).
Jurusan Sastera
--> Enam mata pelajaran teras berserta Ekonomi Asas atau Perdagangan atau Kesusasteraan Melayu, Sains dan Pendidikan Seni Visual.
Jurusan Agama
--> Enam mata pelajaran teras berserta Bahasa Arab, Usuludin, dan Syariah.
Jurusan Teknikal
--> Enam mata pelajaran teras berserta Fizik, Kimia, Kejuruteraan Awam, Matematik Tambahan, dan
English for Science and Technology (EST).
*INFO TAMBAHAN*
BIDANG KERJAYA
Memahami Jenis-Jenis Kerjaya
Secara umum, kerjaya boleh dibahagikan sekurang-kurangnya kepada lapan bidang utama:
1. Bidang kewangan/perniagaan/hartanah
2. Bidang penulisan dan komunikasi
3. Bidang saintifik/perubatan
4. Bidang perkeranian dan pentadbiran
5. Bidang seni reka dan kreatif
6. Bidang teknikal
7. Bidang keusahawanan
8. Bidang perkhidmatan
Bidang kerja dan contoh-contoh jawatan:
1. Kewangan/Perniagaan
(Berminat dengan kerja-kerja jualan, cenderung ke arah kewangan dan perniagaan, suka bergaul dan mempengaruhi orang ramai)
Pentadbiran dan pengurus bank
Perancang dan pengurus kewangan
Pengurus dan agen insurans
Eksekutif jualan dan pemasaran
Pengurus pengiklanan
Eksekutif akaun
Akauntan/juruaudit
Aktuari
Pegawai bank
Pemerosesan data
Penganalisis data
dan lain-lain
2. Penulisan dan Komunikasi
(Bagi yang berminat dalam bidang penulisan, sastera dan seni)
Wartawan
Editor
Jurubahasa
Penterjemah
Penerbit rancangan radio/televisyen
Pengacara radio/televisyen
Penulis skrip
Perunding komunikasi
dan lain-lain
3. Perubatan/Sains
(Bagi yang meminati kerja-kerja penyelidikan dan mempunyai kaitan dengan sains dan masyarakat)
Doktor (am/bedah/gigi/mata/pakar)
Doktor haiwan
Jururawat
Pembantu makmal/pembantu perubatan
Juru radiologi
Ahli farmasi
Juru terapi
Saintis
Ahli biologi/kimia
Pakar nuklear
Ahli geologi/geofizik
dan lain-lain
4. Perkeranian dan Pentadbiran
(Bagi yang berminat melakukan tugas berkaitan dengan pentadbiran, kesetiausahaan dan merekod maklumat)
Pengurus perjawatan
Pegawai sumber manusia
Pegawai tadbir
Pembantu undang-undang
Kerani
Setiausaha
dan lain-lain
5. Seni Reka dan Kreativiti
(Bagi yang minat melukis, mereka dan mencipta bahan-bahan seni dan kreatif)
Pelukis
Pelukis grafik/batik
Pereka fesyen/barang kemas/seramik dan sebagainya
Pereka bentuk dalaman
Jurugambar
Juru solek
dan lain-lain
6. Teknikal
(Berminat mengendali, mereka bentuk, mereka cipta, membina atau membaiki peralatan mesin dan perkara teknikal lain)
Arkitek
Perancang Bandar dan Wilayah
Juruteknik
Juruukur
Mekanik
Jurutera (Elektronik/Elektrik/Awam dan lain-lain)
Pakar runding
Dan lain-lain
7. Keusahawanan
(Bagi yang yang suka bekerja sendiri dengan menjalankan perniagaan dan perusahaan)
Perniagaan runcit
Perusahaan Kilang
Pemborong
Kontraktor
Pengusaha hotel
Perusahaan bengkel
Perusahaan butik
dan lain-lain
8. Perkhidmatan
(Bagi yang suka melakukan kerja-kerja sosial atau melibatkan orang ramai)
pensyarah/guru
Pustakawan
Pegawai Perhubungan Awam
Peguam/pendakwaraya/hakim
Polis/askar
Pemandu pelancong
Kaunselor
Pramugari/pramugara
Tukang masak profesional
dan lain-lain