Tema kedua merupakan tema yang berkaitan dengan hubungan kekeluargaan. Sebelum kita meneruskan tema ini, saya ingin mengemukakan beberapa soalan melalui gambar2 tertentu.
Lihat gambar di bawah.. ramai bukan??
Inilah keluarga Mr. Ziona Chana. Keluarga yang terbesar di dunia. En. Ziona mempunyai 39 orang isteri, 94 orang anak, 14 orang menantu perempuan dan 33 orang cucu. Mereka sekeluarga tinggal di Baktawng Village, Mizoram, India. Pasti anda tertanya2, bagaimana mereka boleh tinggal di dalam satu rumah yang mempunyai 100 bilik sahaja? Adakah mereka pernah bergaduh??
Jawapannya senang sahaja. Selagi hubungan antara keluarga sering dijaga, selagi itu mereka boleh tinggal bersama. Saya pasti dan yakin, setiap keluarga pasti pernah berselisihan faham tetapi akan berbaik semula. Begitu juga mereka. :)
Gambar kedua...
Dwarfism Family
Inilah keluarga kerdil. Matthew (bapa), Amy (ibu), Zachary dan Jeremy (kembar) merupakan antara ahli keluarga yang menghidapi penyakit Dwarfism. Hanya Molly dan Jacob yang dilahirkan normal. Walaupun Matt dan Amy kurang upaya, tetapi mereka tetap keluarga yang bahagia. Keupayaan dan Kecacatan bukanlah penghalang untuk menjadi keluarga yang bahagia.
Kesimpulannya, jaga lah setiap pertuturan dan perlakuan kita, tidak kira tua atau muda, kita hendaklah menghormati antara satu sama lain. Supaya, hubungan kekeluargaan kita akan terjamin. :)
Bagaimana??
*Menjalani Tanggungjawab masing-masing..
contoh: Ayah merupakan Ketua Agama dalam keluarga.
TAPI BUKAN BEGINI!!!....
*Menjaga Maruah Keluarga
Adakah ini yang dinamakan sebagai menjaga nama baik keluarga??
ATAU YANG INI??
RENUNG-RENUNGKAN LAH DAN SELAMAT BERAMAL... :)
I'm DONE with TEMA 2.. Moga anda semua mendapat sedikit sebanyak pengajaran daripada blog ini.. :)
No comments:
Post a Comment