Kepentingan Keamanan Negara
- Rakyat bebas mengamalkan agama dan budaya
- Rakyat hidup dalam keharmonian
- Rakyat dapat membina kehidupan
- Rakyat dapat menimba ilmu
- Rakyat bebas melakukan aktiviti
Malaysia Negara yang paling Aman
Ancaman dan cabaran pada alaf baharu ini mempunyai perspektif yang berbeza-beza mengikut sejarah negara masing-masing. Di samping itu, terdapat faktor lain seperti demografi, sosial, politik, status ekonomi dan juga perkembangan di negara jiran dan seluruh dunia.
Contoh-contoh ancaman dalaman
--> Penyalahgunaan dan penyeludupan dadah
Taktik Penyeludupan Dadah
Kesan Penyeludupan Dadah
--> Kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)
Jumlah PATI di Malaysia
Kesan kedatangan PATI ke negara kita
--> Sindiket Pemalsuan Dokumen
2011
--> Kegiatan Jenayah
Masalah sosial
Rasuah
Pecah Rumah
Contoh-contoh Ancaman Luaran
--> Serangan mata wang (Ekonomi)
'Jika setiap negara menurunkan nilai mata wangnya, pasti akan ada perang mata wang dan sudah tentu menyumbang kepada krisis'- Tun Dr. Mahathir
--> Kekacauan di negara jiran (Politik)
--> Pengaruh Budaya Barat (Sosial)
Remaja Zaman Sekarang
--> Penyakit-Penyakit kritikal seperti AIDS, HIV dan JE. (Kesihatan)
Virus EBOLA mula merebak pada tahun ini (2014)
Cara untuk menjaga keamanan negara ialah:
- Bertolak ansur antara satu sama lain
- Saling memahami
- Berbaik-baik antara satu sama lain
- Bergaul mesra tanpa prasangka
- Menolak sebarang bentuk kesengsaraan
Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa..
Apakah itu UUKA?
Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) adalah satu badan peraturan yang mengenakan had terhadap penggunaan senjata dan kaedah peperangan. Ia melindungi mereka yang tidak, atau tidak lagi mengambil bahagian dalam pertempuran. UUKA bertujuan untuk melindungi maruah manusia dan menghadkan penderitaan semasa peperangan. Ianya juga dikenali sebagai undang-undang peperangan atau undang-undang konflik bersenjata.
Mengapakah UUKA penting?
UUKA adalah salah satu undang-undang yang paling penting yang dimiliki oleh masyarakat antarabangsa bagi menjamin keselamatan dan maruah manusia semasa perang. Ianya bertujuan memelihara satu tahap kemanusiaan yang tertentu, dengan berpandukan prinsip bahawa peperangan juga ada hadnya.
Bilakah UUKA digunapakai?
UUKA melibatkan dua keadaan:
>konflik bersenjata antarabangsa (seperti konflik yang melibatkan sekurang-kurangnya dua buah negara)
>konflik bersenjata yang tercetus dalam sebuah negara (seperti konflik antara kerajaan dengan kumpulan pemberontak)
UUKA digunapakai ke atas semua pihak yang bersengketa, tanpa mengambil kira pihak mana yang memulakannya.
Siapakah yang dilindungi oleh UUKA?
UUKA melindungi mereka yang tidak mengambil bahagian dalam pertempuran, contohnya seperti:
>orang awam
>anggota perubatan dan kor agama angkatan tentera
>mereka yang tidak lagi terlibat di dalam pertempuran, contohnya penempur yang cedera, karam atau sakit
>tawanan perang
Terdapat juga peraturan-peraturan khas yang melindungi wanita dan kanak-kanak yang selalunya mudah menjadi mangsa semasa peperangan.
Bagaimanakah UUKA melindungi?
UUKA menghadkan penggunaan jenis senjata yang boleh menyebabkan kemusnahan yang tidak wajar dan tidak membezakan antara penempur dan orang awam.
>membezakan antara penempur dan orang awam, serta tidak menyerang orang awam.
>membantu mereka yang cedera dan sakit, serta melindungi anggota perubatan.
>memelihara maruah tawanan perang dan tahanan awam dengan membenarkan perwakilan ICRC melawat mereka.
Apakah peranan ICRC?
Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) berperanan sebagai ‘penjaga’ UUKA yang menjalankan aktivitinya berasaskan empat Konvensyen Geneva 1949 dan dua Protokol Tambahan 1977. Konvesyen dan Protokol Tambahan tersebut memberi hak kepada ICRC untuk menjalankan aktivitinya seperti memberi bantuan kepada tentera yang cedera, sakit atau karam semasa konflik, melawat tawanan perang, menolong orang awam dan memastikan bahawa mereka yang dilindungi oleh UUKA diberi layanan sewajarnya.
Bantulah mereka...
Bantulah mereka.
Tema 6 sudah tamat. Terima Kasih atas sokongan daripada guru Sivik kami, Cikgu Mardziah, serta rakan-rakan sekalian. :)