Wednesday, 20 August 2014

Tema 5: Malaysia Negara Berdaulat

Setelah mempelajari mengenai adat resam pelbagai kaum, kita akan mempelajari mengenai pentadbiran negara kita iaitu Malaysia.

Jentera pentadbiran kita dipimpin oleh Yang di-Pertuan Agong dan terdiri daripada badan-badan kerajaan dan Suruhanjaya Diraja meliputi badan perundangan, badan eksekutif dan badan kehakiman.


  • Badan perundangan mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang. 
  • Badan eksekutif ialah golongan yang mempunyai kuasa dan tanggungjawab yang berkaitan dengan pentadbiran atau pengurusan sesuatu organisasi.
  • Badan kehakiman pula menjalankan segala hal yang berkaitan dengan undang-undang dan pengadilan.

Perundangan...
 --> Parlimen merupakan badan perundangan di negara kita. 
 --> Ahli Parlimen tidak boleh didakwa ke mahkamah atas isu-isu yang dibincangkan atau pengundian yang dibuat di Parlimen.
Suasana di Dewan Parlimen
--> Ahli-ahli Parlimen tidak boleh mempersoalkan isu-isu sensitif di Parlimen seperti: 
   - Hak istimewa orang Melayu
   - Kewarganegaraan
   - Bahasa Kebangsaan
   - Kedaulatan Raja-Raja Melayu

Eksekutif...
--> di peringkat kerajaan, badan eksekutif ialah kabinet atau jemaah menteri. 
--> semua anggota jemaah menteri dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

Jemaah menteri 2014

--> Tugas jemaah menteri adalah seperti berikut:
    - Mentadbir kerajaan persekutuan
    - Menggubal dasar kerajaan
    - Memperincikan dasar-dasar kerajaan 
    - Menangani masalah yang berkaitan dengan negara dan rakyat. 

Kehakiman...
--> Mahkamah Awam = Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Seksyen, Mahkamah Majistret, Mahkamah Penghulu, dan Mahkamah Koroner.
--> Mahkamah Khas = Mahkamah Raja-Raja, Mahkamah Syariah, Mahkamah Juvenil, Mahkamah Tentera, Mahkamah Bumiputera, Mahkamah Perusahaan dan Mahkamah Buruh. 


--> Fungsi Utama Badan Kehakiman
  • Mentadbirkan keadilan
  • Mengesahkan undang-undang
  • Mentafsirkan undang-undang
  • Menyelesaikan pertikaian
  • Memelihara hak kewarganegaraan
Mengenali Kementerian Kita 


KementerianLogo
Jabatan Perdana MenteriCoat of arms of Malaysia.png
Belia dan SukanKBS Logo.jpg
Dalam NegeriKDN Logo.png
Kemajuan Luar Bandar dan WilayahTiada.png
Kerja RayaTiada.png
Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan TempatanKPKT Logo.jpeg
KesihatanLogo-KKM.jpg
KewanganMOF Logo.png
Komunikasi dan MultimediaLogo KKMM Update.png
Luar NegeriTiada.png
PendidikanKPM Logo.png
Pelancongan dan KebudayaanTourism-malaysia-logo.gif
Pembangunan Wanita, Keluarga dan MasyarakatKPWK Logo.jpg
PengangkutanMOT Logo.png
Perdagangan Antarabangsa dan IndustriMITI Logo.png
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan KepenggunaanLogoKPDNKK.jpg
PertahananTiada.png
Pertanian dan Industri Asas TaniKPDIATM Logo.jpg
Perusahaan Perladangan dan KomoditiMPIC logo.jpg
Sains, Teknologi dan InovasiMOSTI Logo.jpg
Sumber Asli dan Alam SekitarNRE Logo.jpg
Sumber ManusiaMOHR Logo.png
Wilayah PersekutuanTiada.png
Tenaga, Teknologi Hijau & AirKETTHA Logo.jpg

*dikemaskini selepas pilihan raya umum Malaysia 2013

Tema 5 sudah habis...akan bersambung ke Tema 6. :)


No comments:

Post a Comment