Negara kita kaya dengan budaya dan adat resam daripada pelbagai kaum. Ramai pelancong yang datang ke Malaysia untuk melihat sendiri keunikan Negara kita.
Keunikan negara
Seorang pelatih dari German, Jasmine, pernah bertandang ke rumah saya pada cuti pertengahan semester (2014). Beliau mengatakan bahawa beliau ingin merasai sendiri kehidupan orang Malaysia.
Sebelum beliau kembali ke German, beliau mengatakan bahawa adat perayaan di Malaysia amatlah berbeza dari Negara luar. Orang di Malaysia akan saling menziarahi antara satu sama lain semasa hari perayaan. Tetapi berbeza dari orang Barat. Mereka hanya akan berkunjung ke rumah keluarga yang terdekat sahaja semasa hari perayaan. Jasmine berkata, beliau amat mengagumi keunikan di Negara kita.
Kepentingan Mengenali Warisan Budaya Pelbagai Bangsa
- budaya merupakan simbol kepada pelbagai kaum
- menghormati generasi moyang dengan mengekalkan adat resam kaum
- melambangkan identiti negara
- memupuk perpaduan kaum
- merupakan tarikan utama pelancong untuk melancong ke negara kita
- mengetahui asal usul kita
Melayu
Orang yang memainkan peranan penting dalam adat istiadat bersanding ialah mak andam. Tiada ketetapan tertentu untuk menempah mak andam jika seseorang itu memerlukannya. Pada umumnya tujuan utama mak andam dipanggil ialah untuk menghias pengantin iaitu pengantin perempuan, disamping mengendalikan agar majlis persandingan berjalan dengan baik. Sesetengah mak andam boleh mengubati atau memulihkan pengantin perempuan sekiranya jatuh sakit atau tidak sedarkan diri. Keadaan ini mungkin disebabkan akibat terlalu penat, terkena buatan orang dan sebagainya.
Kebiasaannya tugas mak andam bermula sehari sebelum hari persandingan diadakan. Keperluan yang disediakan termasuklah kain putih, limau purut (bilangannya tidak ditentukan, biasanya berangka ganjil), bertih, pisau cukur, gunting, sikat, setengah meter kain putih, sirih, air semangkuk, bedak, bunga tujuh jenis dan beberapa bahan keperluan lain. Upacara ini akan dilakukan ditempat yang terasing dari orang ramai seperti di bilik. Orang lain tidak dibenarkan masuk kecuali orang tertentu atas sebab-sebab khusus sahaja.
Upacara dimulakan apabila mak andam, meletakkan kain putih dibahu pengantin perempuan yang diselubungkan diseluruh badan. Sirih yang telah dijampi diberikan kepada pengantin perempuan untuk dikunyah dan diasap dengan kemenyan bersama iringan jampi.
Bunga yang tersedia diasapkan dan dijampi, kemudian dipusingkan dikeliling pengantin serta disapukan ke muka dan badan. Semua upacara ini dilakukan bertujuan untuk menaikkan seri muka pengantin. Setelah itu tepung tawar direnjiskan dikeliling pengantin diikuti menabur bertih dan beras kunyit ke atas pengantin untuk mengelakkan gangguan makhluk asing yang mungkin akan menganggunya.
Peringkat kedua ialah istiadat bercukur. Sebelum memulakannya mak andam membaca jampi ataupun doa sambil mengurut dan memintal anak rambut dibahagian dahi dan memotongnya dengan gunting yang tersedia. Masa berandam dara yang masih dimiliki pengantin itu penting. Kesucian yang masih wujud akan menjadikan wajah berseri-seri terutamanya ketika bersanding nanti.
Tugas mak andam seterusnya mencukur anak rambut dan bulu roma dimuka dan bahagian lain seperti dileher dan ditangan sebelum dibentuk alis. Segala pekerjaan dilakukan dengan penuh hati-hati. Ia dimulai dengan doa dan jampi mantera yang menjadikan muka pengantin berseri-seri.
Upacara berandam terakhir ialah istiadat berlangir, iaitu menyapukan bedak sejuk yang dibasuh dengan air ke bahagian badan dicukur. Kemudian diikuti istiadat mandi berlimau dan dicampur bunga tujuh jenis. Istiadat ini bertujuan sebagai upacara membuang sial pada badan dan menjauhkan segala bala yang akan menimpa sepanjang majlis perkahwinan yang akan dijalankan.
Adat Bersiram
ii) Istiadat Berhinai
Istiadat ini boleh dikategorikan kepada tiga iaitu berinai curi, berinai kecil dan berinai besar. Berinai curi dan berinai kecil dilakukan beberapa hari sebelum berlangsungnya hari perkahwinan. Ia dilakukan terhadap pengantin perempuan sahaja. Bahagian yang di inai ialah kedua tapak tangan, sepuluh jari tangan, bahagian kuku jari kaki dan disekeliling tapak kaki.
Adat ini dilakukan tanpa bantuan mak andam kerana hanya dilakukan untuk bersuka-suka sahaja. Selain itu kesan dari inai tadi boleh dijadikan satu tanda bahawa seseorang baharu sahaja melangsungkan perkahwinan.
Adat Perkahwinan Baba dan Nyonya (Melaka)
Pada hari perkahwinan, kedua-dua pengantin akan memakai pakaian perkahwinan tradisional Baba dan Nyonya yang boleh dilihat di Muzium Melaka. Pengantin lelaki akan meniaki kereta dengan diiringi oleh pengapit dan pengiringnya yang masing bujang.
![]() |
http://melialissa.blogspot.com/2009/08/ah-tuan-yee-baba-nyonya.html |
Apabila sampai di rumah pengantin perempuan, pintu kereta pengantin lelaki dibuka oleh seorang pemuda, biasanya adik lelaki pengantin perempuan. Dia akan diberi 'angpau' oleh pengantin lelaki. Suatu jamuan ringan akan diadakan. Kedua-dua penganting akan bersembahyang dan dianggap sah sebagai suami isteri oleh ibu bapa pihak perempuan.

Adat Bersalin Kadazan Sabah
Sepanjang tempoh berpantang, si suami tidak dibenarkan berada jauh dari rumah. Sejak hari kelahiran hingga tamat tempoh berpantang, ibu dan anak yang baru lahir diberi kawalan secara mistik oleh bidan agar tidak diganggu oleh makhluk halus. Biasanya jampi mantera digunakan untuk mengusir makhluk halus di sekitar tanah. Tempat darah yang mengalir ketika ibu itu bersalin, digantung dengan daun-daun limau.
Antara pantang yang mesti diikuti oleh ibu yang bersalin ialah dia tidak boleh makan ikan yang bertulang keras, ikan yang berduri, nasi sejuk dan nasi bercampur air seperti bubur. Manakala bagi bayi yang baru lahir terutamanya dari hari pertama hingga hari ke tujuh, bayi tidak boleh dibawa ke ruang yang terdedah, umpamanya ke halaman rumah. Ini untuk mengelakkan bayi itu daripada diganggu oleh roh jahat yang dinamakan Rogon Gaiyah.
Sumandak dan Tanak Wagu Kadazandusun
Adat Kematian Orang Iban
Kedua-dua pintu rumah panjang juga perlu digalang dengan dua batang alu. Mereka percaya, jika perkara ini tidak dilakukan, hantu si mati akan membawa pulang roh si mati. Kemudia mayat diletakkan di tengagh-tengah rumah panjang dan dilingkungi dengan pua kumbu yang dipanggil sapat.
Semua barang yang mahu dibekalkan bersama-sama mayat disediakan. Barang-barang itu dianggap sebagai bekalan si mati di dunia keduanya kelak (dunia selepas mati). Mayat itu juga tidak boleh ditinggalkan bersendirian.

Keranda orang Iban pada masa dahulu
Kini, penggunaan keranda kayu yang berukiran corak tradisional kurang diikuti oleh masyarakat Iban lagi.
Konklusinya, kita haruslah mengekalkan warisan bangsa yang semakin hilang ditelan zaman supaya kita dapat menarik perhatian pelancong asing untuk ke negara kita dan dapat mengenali asal usul diri. Jadi, renung2kan dan selamat beramal. :)
No comments:
Post a Comment